Kali ni masak untuk anak pula. Sempat inta-intai cara chenom masak di YouTube tadi, untuk ambil idea. Setelah mencampak-campak sendiri tadi, inilah hasilnya.
Bahan-bahannya:
5 ketul ayam
Sebatang serai (diketuk)
1/2 kotak kecil santan Kara
Secawan air panas
1 sudu kecil garam (ikut kesesuaian)
Sebiji lobak merah
Sesudu kecil gula
Sekeping Asam keping
Blend kering atau tumbuk:
2 biji cili merah
4 biji cili padi (boleh tambah lagi jika mahu lebih Pedas)
2 inci kunyit hidup
Cara-caranya:
1. Masukkan ayam dalam kuali tanpa minyak.
2. Masukkan bahan di blend, serai dgn sedikit air.
3. Balik-balikkan ayam sehingga kecut dan naik bau cili dan kunyit hidup.
4. Masukkan separuh santan dan air (ala-ala santan kemencar)
5. Masukkan lobak merah.
6. Koyakkan daun serai dan masukkan bersama asam keping ke dalam kuali.
7. Tutup dan biarkan dengan api kecil supaya sebati dan lobak empuk.
8. Bila sudah menggelegak, Dan lobak sudah empuk, masukkan baki santan pekat.
9. Kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
10. Masukkan garam dan gula.
11. Siap untuk dihidang.
Dengan jumlah cili yang digunakan, tahap kepedasannya ok untuk anak saya 7 Tahun makan. Kalau nak lebih pedas, boleh letak lebih banyak cili. Selalunya dalam 15 cili api.. baru lah betul-betul jadi masak lemak cili api.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment