Saturday, May 2, 2020

Resepi Popia Goreng

Bahan tumisan
5 biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
(dihiris)
satu cawan Isi ayam
2 biji Telur

Perasa:
3 Kali goncang Lada sulah
3 cubit Garam
1 sudu Gula
1 sudu Maggi Secukup rasa

Sayuran:
Segenggam Taugeh
Sebiji Carrot
Separuh Sengkuang kecil
Sebiji Timun
(Semuanya disagat)
1/5 biji Kubis hiris halus panjang

Kulit popia:
Pisahkan satu-satu dan tutup dengan Kain lembab supaya tidak kering merekah

Caranya:
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
Masukkan ayam yang dicincang.
Masukkan udang geragau yang ditumbuk.
Pecahkan telur.
Rencahkan dengan lada sulah, garam dan gula.
Masukkan secukup rasa.
Masukkan sayuran  yang telah disagat.

Menggulung popia:
Tapis sayur supaya tidak terlalu basah
Bancuh gam (tepung gandum dan air)
Letakkan sayur ditengah dengan kulit popia berkedudukan diamond. 
Lipat, gulung dan gamkan hujung kulit dengan bancuhan tepung gandum.

Menggoreng:
Goreng dalam minyak terendam.
Panaskan kuali dengan api kuat, perlahankan ke api sederhana bila sudah masukkan popia untuk menggoreng.
Sentiasa jaga popia Dan balik-balikkan.
Apabila popia sudah kekuningan, boleh angkat letakkan ke atas tapis.

Sos:
Sos Cili Thai Kimball

Kulit popia:
Brand KG

*Sangat rangup bila dimakan sejurus selepas dimasak.

Dicuba pada 1/5/2020 di rumah Cheras. Hasil olahan dari resepi tokma sungai petani. Sedap.



No comments:

Post a Comment