https://youtu.be/pRWJdukUrIM
Senang je nak buat.. sedap makan dengan ulam-ulaman, makan dengan kari atau masak lemak.
Bahan-bahannya:
4 biji cili merah
3 biji cili padi
3 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Sejemput ikan bilis
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
Sebiji tomato
2 biji limau kasturi
Secubit garam.
Secubit gula.
*Jika tiada tomato, boleh guna air asam jawa.
1. Hiris kesemua bahan.
2. Limau kasturi di belah dua dan perah airnya dalam mangkuk.
3. Tumis kesemua bahan dalam minyak sedikit, termasuklah kulit limau kasturi.
4. Setelah layu, masukkan kesemua bahan tumisan dlam pengisar, kisar kasar. Jika terlalu kering letakkan sedikit sahaja air.
5. Siap!
Boleh makan dengan ulam-ulaman macam timun, ulam raja, daun selum dan kubis.
Dalam beberapa video, ada yang goreng semula setelah kisar, untuk tahan lama katanya. Tapi saya tak goreng bila dah kisar. Terus hidang. Kalau nak simpan, boleh simpan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment